بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
sudah checkmatekah anda?
-picture by GiZmO0o deviantart-
Langkah diatur pantas. Laju menghala ke hadapan. Tiada masa untuk berpaling ke belakang. Hanya dorongan iman menguatkan langkah memacu terus tidak henti.
Langkah terhenti. Zahirnya jalan kebuntuan terbentang luas. Masakan mungkin Laut Merah ini diseberangi. Di belakang, hentakan-hentakan kaki kuda semakin menghampiri.
Setelah kedua-dua kumpulan itu nampak satu sama lain, berkatalah orang-orang Nabi Musa: Sesungguhnya kita akan dapat ditawan. (As-Shuara:61)
Kerisauan menguasai hati. Di hadapan lautan luas terbentang. Di belakang pasukan berkuda Firaun sudah menghampiri.
Sudah checkmate kah kita?
Dalam kesempitan....
Nabi Musa menjawab: Tidak! Jangan fikir (akan berlaku yang demikian)! Sesungguhnya aku sentiasa disertai oleh Tuhanku (dengan pemeliharaan dan pertolonganNya), Dia akan menunjuk jalan kepadaku. (As-Shuara: 62)
* * *
Imam al-Bukhari menceritakan dalam riwayatnya dari Anas dari Abu Bakr katanya, "Semasa aku bersama dengan Rasulullah di dalam gua, aku mendongak kepalaku, tiba-tiba aku melihat kaki-kaki Quraisy dari celah batu. Kataku,Wahai Rasulullah! kalaulah di antara mereka tunduk ke bawah, nescaya mereka dapat melihat kita di sini.
Hanya beberapa langkah sahaja Quraisy dari Rasulullah SAW dan Abu Bakr. Tiada jalan keluar lain. Kiri, kanan, depan belakang semua tertutup. Jalan mati sana sini.
Sudah checkmate kah mereka?
Jawab Rasulullah, "Berdiam sahajalah, kita berdua, Allah yang ketiga bersama kita, dalam lafaz yang lain aku meyakini bahawa Allah bersama-sama kita". (raheeq makhtum)
* * *
Tiada checkmate dalam kebersamaan dengan Allah. :)
Allah sentiasa ada untuk hamba-hamba yang setia mempercayaiNya.
Allah sentiasa ada untuk hamba-hamba yang setia mempercayaiNya.

0 comments:
Post a Comment