Ijlis Binaa Nukmin Sa'ah

"Duduk Bersama Kami, Kita Beriman Sejenak"

big brother.

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

"Atiqah..can I have your phone number?" 

Soalan itu menyentap jiwaku, refleks tangan diangkat ala-ala nak buat give me five, pastu goyang-goyang sikit ke kiri dan kanan sambil kepala digeleng..

"No, no..I am sorry. No."
* * *

Bandar Dublin dihujani ribuan manusia. Mungkin masing-masing teruja dengan jualan murah yang hangat berlangsung sempena kemasukan tahun 2012. Aku tidak melepaskan peluang, sekadar window shopping pun jadilah. Manalah tahu, ada satu dua berkenan, ada juga hasilnya nanti. Tujuan asalnya nak mencari kasut. Yang sedang bersarung di kaki, entah sampai bila mampu bertahan. Kalau hujan turun menyembah bumi, stokinku akan basah ibarat kain perahan sebelum dijemur.

Solat Zohor sudah ditunaikan. Jalan-jalan pun sudah hampir 2 jam lebih. Satu lagi belum dilaksanakan. Makan. Ye, perut sudah mula berkeroncong, mendendangkan irama yang malu jika didengar orang. Akhirnya Buffet 79 menjadi pilihan.

Kiri. Penuh. Kanan. Penuh. 

"ramai pula makan sini hari ni..." 

Tiba-tiba, seorang pak cik dalam lingkungan 30-an beranjak sedikit dan memberikan kami bertiga tempat untuk duduk. Meja itu cukup panjang untuk memuatkan 10 orang, cuma yang ada waktu itu dua orang pak cik yang masing-masing duduk di penjuru kanan dan kiri. Pak cik tadi beranjak ke hujung yang satu lagi untuk mengosongkan ruangan bersebelahan dinding buat kami.

Shasha (bukan nama sebenar) dan Aina (bukan nama sebenar) mula bergerak mengambil makanan. Tinggal aku seorang diri di meja menunggu ala-ala pak guard mengawal barang-barang yang ada. Sedang ku termenung..

"Are you from Malaysia?" (bermulalah perbualanku dengan pak cik tadi)

"Yes"

"Ooo..apa khabar?" (mukanya berubah gembira)


"Khabar baik. And you from? "


"I'm from Ba______. I have a sister in law from Malaysia. She live in Ma____ Village." (aku tidak berapa dengar nama kampung yang disebutkan)

"Ooo..."


"Are you studying here? What are you taking?"


"Medicine in UCD."


"Oh that's good. What is your name?"


"Atiqah" 

"How long will you be staying here?"


"I am going back in March." (suara dikuatkan sedikit kerana suasana sekeliling yang agak bising)


Melihatkan diriku yang terpaksa meninggikan suara kerana jarak kami yang agak jauh, pak cik tadi beranjak satu kerusi merapatiku. Tangannya meraba-raba poket belakang seluarnya.

Dia meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Butang unlock di slide. 


"Atiqah..can I have your phone number?" 

Soalan itu menyentap jiwaku, refleks tangan diangkat ala-ala nak buat give me five, pastu goyang-goyang sikit ke kiri dan kanan sambil kepala digeleng..

"No, no..I am sorry. No."


Pantas air mukanya berubah. Lalu dia beranjak satu kerusi ke belakang kembali sambil mengucap "I am sorry, I am sorry...It's ok, it's ok."


Shasha dan Aina tiba. Aku lantas bangkit. Giliranku pula untuk mengambil makanan. 

Hatiku tidak senang. Soalan tadi mengingatkan aku pada kisah seorang rakanku dua tahun lalu. Imbasan memori lalu menerjah ke benak mindaku. Kejadian yang sama, seorang foreigner (yang juga seorang doktor) meminta nombor telefon rakanku. Berkali-kali rakanku dihubungi untuk memenuhi jemputan makan malam bersama, setelah dinyatakan hasrat dihati, rupa-rupanya mencari calon bakal isteri.


Sebab itulah pantas tanganku diangkat dan "No.No.No."  yang terkeluar dari bibir.


Selesai mengambil makanan, aku kembali ke meja yang sama. Aku duduk di hujung sekali.

"Atiqah.."
tiba-tiba namaku dipanggil. 

Aku menoleh sambil tersenyum ringan. Mungkin aku sahaja yang bersangka buruk sebentar tadi. Mungkin pak cik ini berniat baik.

"I did not mean anything. I was thinking of telling my sister in law about you."


"It's ok. It's ok." jawabku sambil tersenyum. Sedangkan dalam hati berperang seribu satu perasaan. 

Tapi, wajarlah untuk diriku bersikap sedemikian rupa, kerana tidak sampai lima minit kami berbual, tiba-tiba nombor telefonku diminta. Semestinya tidak akan ku beri. Bukan bersangka buruk, cuma berjaga-jaga.


Kami terus menjamu selera. Walhal sebenarnya aku sudah kekenyangan. Bukan kenyang makanan, tapi kenyang memikirkan kejadian tadi.

Saat menjamu selera, aku sempat mendengar pak cik tersebut berborak panjang di telefon (dalam bahasa apa tak tahu, tapi tak faham). Tiba-tiba,

"Atiqah...she is from Kuala Pilah, my sister in law."

"Ooo..rupanya tadi dia telefon abang dia kat Malaysia, nak tanya kakak ipar dia asal mana..."

"Oo..Kuala Pilah. That is in Negeri Sembilan, just down to Kuala Lumpur."

Tidak lama kemudian, sekali lagi namaku dipanggil. Kali ini lain pula ceritanya.


"Atiqah..have you tried the chickpea curry?"

"No, not yet."


"You should try it. It's very nice. Let me take it for you."

"Ha?!! (ni dalam hati je) It's ok, I'll take it myself."


"No, I'll take it for you. Don't worry, I'm your big brother." katanya sambil bergerak pergi untuk mengambil kuah kari yang disuggestkan.

Big brother.
Tergamam sekejap disitu.



Selang beberapa saat, kuah kari kacang dhal terhidang dengan sepinggan roti nan.

Selesai makan, pak cik tersebut berlalu pergi sambil mengucapkan selamat tinggal padaku.

* * *

Sepanjang makan, saya dok fikir, "aku ni dah bersangka buruk kat pak cik tadi...boleh je tak nak bagi number phone, tolak elok-elok...yang fikir jauh sangat sampai mengimbau kenangan lama tu kenapa la..tup tup, pak cik tu baik je pun tah.."
Panjang pula cerita ni. Lately, asyik diuji supaya bersangka baik dengan orang. Nampaknya, masih gagal. fuh..fuh..

p/s: big brother = brother in islam mungkin. :)

2 comments:

Bertuah la ade big brother =)
hehe. jage diri! mesti cemas yg amat kan
antara 2. nak bersangka baik ke nak amik langkah hati2.

 

haha..ni ayah baca mesti kata "tu la..lain kali jgn ramah sgt dgn org.."

 

Post a Comment